RSS

BORANG TEMPAHAN

NAMA
E-MAIL:
ALAMAT
NO.TEL
KOD BARANG (SILA TYPE KOD BARANG ANDA DALAM BENTUK NUMBERING)
SEBARANG PERTANYAAN SILA KEMUKAKAN DI SINI

Form provided by Freedback.

PENGENALAN AMALCOLLECTION86 (mesti baca!!!)

AMALCOLLECTION86 adalah sebuah blogshop yang menjual barangan wanita (kebanyakannya) & lelaki seperti handbag, cadar, sandal lelaki dan banyak lagi akan datang insyaAllah. Semua barangan ini kebanyakannya dari produk katalog SATINNI. Tiada beza anda membeli secara katalog mahupun secara online kerana tiada kos penghantaran dikenakan kepada anda. Harga di katalog cuma digenapkan sahaja untuk memudahkan urusan pembayaran secara banking dan ianya sangat menjimatkan masa anda. JIKA ANDA MEMBELI LEBIH DARI 5 ITEM, DISKAUN 5% AKAN DIBERIKAN. Selamat mebeli - belah di amalcollection86!

AMALCOLLECTION86 NEW YEAR CONTEST!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena tahun baru ni, AMALCOLLECTION86 ingin mengajak anda menyertai pertandingan kuiz. Penyertaan terbuka kepada semua pengunjug blog, tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda tiada had umur. Caranya mudah sahaja, jawab 3 soalan kuiz yang akan dipaparkan pada tarikh berikut:

Soalan kuiz 1: 23 Januari 2011

Soalan kuiz 2: 24 Januari 2011

Soalan kuiz 3: 25 Januari 2011


Emailkan ketiga - tiga jawapan anda berserta maklumat untuk dihubungi kepada alamat email: amalcollection86@gmail.com (Tulis di subject: Jawapan Soalan Kuiz 1/2/3) .


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Februari 2011.


Peserta ke-50 yang menjawab dengan betul akan menerima hadiah yang istimewa dari kami :)



SOALAN KUIZ 1: APAKAH WARNA LOGO LAMAN SOSIAL FACEBOOK DAN MENGAPAKAH WARNA TERSEBUT DIPILIH?






AMALCOLLECTION86 NEW YEAR CONTEST! - SOALAN KUIZ 2



SOALAN KUIZ 2 : BERIKAN NAMA FILEM YANG MENGAMBIL INSPIRASI DARIPADA KISAH HIDUP PENGASAS LAMAN SOSIAL FACEBOOK.


Emailkan ketiga - tiga jawapan anda berserta maklumat untuk dihubungi kepada alamat email: amalcollection86@gmail.com (Tulis di subject: Jawapan Soalan Kuiz 1/2/3) .


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Februari 2011.


Peserta ke-50 yang menjawab dengan betul akan menerima hadiah yang istimewa dari kami :)



AMALCOLLECTION86 NEW YEAR CONTEST! - SOALAN KUIZ 3


SOALAN KUIZ 3 : SIAPAKAH NAMA PENGASAS LAMAN SOSIAL FACEBOOK?

Emailkan ketiga - tiga jawapan anda berserta maklumat untuk dihubungi kepada alamat email: amalcollection86@gmail.com (Tulis di subject: Jawapan Soalan Kuiz 1/2/3) .

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Februari 2011.

Peserta ke-50 yang menjawab dengan betul akan menerima hadiah yang istimewa dari kami :)

KISAH IKAN DAN AIR

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai. Kata Ayah kepada anaknya, "Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati."

Pada saat yang bersamaan, seekor ikan kecil mendengarkan percakapan itu dari bawah permukaan air, ia mendadak menjadi gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang katanya begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, "Hai, tahukah kamu dimana air ? Aku telah mendengar percakapan manusia bahwa tanpa air kehidupan akan mati." Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu, si ikan kecil semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan sepuh yang sudah berpengalaman, kepada ikan sepuh itu ikan kecil ini menanyakan hal serupa, "Dimanakah air ?"

Jawab ikan sepuh, "Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu bahkan tidak menyadari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita akan mati."

Apa arti cerita tersebut bagi kita ?

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil, mencari kesana kemari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal ia sedang menjalaninya, bahkan kebahagiaan sedang melingkupinya sampai dia tidak menyedarinya.....

Kehidupan dan kebahagiaan ada di sekeliling kita dan sedang kita jalani, sepanjang kita mahu membuka diri dan fikiran kita, kerana saat untuk berbahagia adalah saat ini, saat untuk berbahagia dapat kita tentukan.

"Being happy can be hard work sometimes, it is like maintaining a nice home, you've got to hang on to your treasures and throw out the garbage."

"Being happy requires looking for the good things. One person sees the beautiful view and the other sees the dirty window, choose what you see and what you think."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SECAWAN KOPI UNTUK SAHABAT YANG SIBUK

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya,
adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada
balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya…" Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi
dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum melihat tindakan profesor tersebut.
"Sekarang…" profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.""Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…" "… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.""Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting.

Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…"
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…"

Semoga cerita ini dapat mengukir senyuman pada wajah yang lelah :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SALAM AIDILADHA DARI AMALCOLLECTION86 :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS